Bak kata pepatah English, ‘Spare the rod, spoil the child’. Menunjukkan tidak lengkap rumah itu tanpa ada rotan di dalamnya. Mari kita perhatikan daripada aspek pendidikan Rasulullah s.a.w terhadap anak-anak kecil.
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka tempat tidur."
(Riwayat Al-Hakim dan Abu Daud)
Berdasarkan daripada hadis ini, maka kita sepatutnya membiasakan anak-anak dengan amal ibadat wajib sedari kecil lagi. Hal ini adalah wajar bagi menanamkan rasa cinta akan Allah, mensyukuri nikmat-Nya, menyucikan jiwa anak, kesihatan fizikal dan akhlak, iaitu perbuatan dan perkataannya.
Saidina Ali juga berpesan supaya kita mendidik anak mengikut tahap kecerdikannya. Pesannya:
Pada tujuh tahun yang pertama, bermain dengan anak kamu, didik anak kamu pada tujuh tahun berikutnya serta berkawan dengannya pada tujuh tahun selepas itu.
Hal ini bermakna kita hendaklah bermesra, bermain dan bergurau dengan anak yang berusia di bawah tujuh tahun. Selepas usianya tujuh tahun, kita wajar mendidik dan mendisiplinkan mereka serta diajarkan cara beribadah secara betul. Ketika ini juga hendaklah diajarkan menghormati hak orang lain dan menunaikan suruhan orang yang lebih tua.
Selepas usianya 14 tahun, kita perlu menjadi kawan mereka supaya mereka dapat merujuk masalah dan mengadu kepada kita jika berhadapan dengan masalah. Kebiasaannya pada usia ini, mereka akan mencari kawan lain sekiranya kita tidak menjadi kawan kepada mereka. Sekali mereka mencari kawan di luar, agak susah untuk kita menasihati mereka.
Dalam hadis di atas juga ada menyatakan bahawa jika keadaan memerlukan, kita dibenarkan merotan anak selepas dia berumur 10 tahun. Jadi, setiap kali terlintas untuk merotan, niatkanlah aku tidak akan merotan anak ini sehingga umurnya 10 tahun kerana mengikut perkara yang Rasulullah s.a.w katakan. Maka besarlah pahala kerana perlakuan ini.
Pakar psikologi menyatakan bahawa anak yang berumur 10 tahun ke atas sudah boleh memahami kesan hukuman yang dikenakan dan sebab perbuatan itu tidak dibenarkan. Hal ini bermakna jika kita memukul anak yang lebih kecil dari usia itu adalah hampir tiada gunanya atau akan mendatangkan kesan yang lebih buruk pula. Bukankah itu akan merugikan?
Semasa merotan, beritahu dahulu kesalahan yang telah dilakukan sehingga dia dihukum. Seeloknya, jangan merotan anak di hadapan orang lain. Hal ini akan menyebabkan anak berasa kecewa dan rendah diri. Sebelum merotan juga, pastikan anda pernah memberikan amaran awal bahawa sekiranya sesuatu yang anda suruh tidak dilakukan, kesannya dia akan dirotan.
Anda juga diingatkan agar jangan merotan untuk menyakiti tetapi merotan dengan tujuan memberikan pengajaran. Kawasan yang dirotan juga perlu dijaga dan jangan sewenangnya merotan anak di bahagian muka. Rotanlah di bahagian punggung kerana di situ tidaklah menyakitkan. Satu hayunan sahaja memadai untuk tujuan mendidik.
Walau bagaimanapun, jadikanlah merotan sebagai jalan terakhir. Hai ini kerana kebanyakan sunnah Rasulullah s.a.w adalah untuk mendidik anak-anak dengan kasih sayang bukan dengan pukulan. Cubalah menjadi waras sekalipun kita dalam keadaan marah yang amat sangat. Sekiranya kita telah memberikan pendidikan yang sewajarnya, pastinya rotan tidak diperlukan lagi.
Tuesday, March 10, 2009
Saturday, March 7, 2009
Masjid Kristal
Friday, March 6, 2009
"Tokku" dan "Cek" yg kyra sayangi
Rindunya adik kyra kat tokku..( Bila la ummi nak balik kg ni) ..dah lama jgk tak balik kg ni..masa balik dulu kyra tak leh jalan lagi. Skrg ni dah boleh jalan, tentu best dapat main2 kat kg...boleh kejar ayam ker..huhuhu...naik turun tangga kat kg tu. Sure tokku dan cek( panggilan tuk nenek ku pulak) tak henti2 bebel kat adik kyra, sbb adik kyra ni memang lasak tahap cipan punya.hahhahaha...tak tau la ikut saper......
Thursday, March 5, 2009
Adoiii....sakitnya tanganku....( 18sx )
Tuesday, March 3, 2009
Makanan terbaik
8 makanan kesihatan daripada sunnah
8 makanan Sunnah:
KISMIS, KURMA MADU, KURMA AJWAH, MADU, BUAH TIIN,MINYAK ZAITUN, ZA'FARAN, HABBATUS SAUDA'. KISMIS adalah satu "gula-gula" asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang paling berkhasiat di dunia, Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekalkan tubuh badan dengan banyak vitamin dan minerals yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.
8 makanan Sunnah:
KISMIS, KURMA MADU, KURMA AJWAH, MADU, BUAH TIIN,MINYAK ZAITUN, ZA'FARAN, HABBATUS SAUDA'. KISMIS adalah satu "gula-gula" asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang paling berkhasiat di dunia, Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekalkan tubuh badan dengan banyak vitamin dan minerals yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.
Adab Bercakap
1. Bercakap la dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan cakap dengan nada yang samar2.
2.Bercakap la di depan dgn cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini mengelakan timbulnya keraguan.
3.jangan memanggil org lain dgn gelaran yg tidak menyenangkannya
2.Bercakap la di depan dgn cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini mengelakan timbulnya keraguan.
3.jangan memanggil org lain dgn gelaran yg tidak menyenangkannya
Monday, March 2, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
