Monday, April 13, 2009

Besday Girl









huhuhu..epynya cek Su dapat kek besday....kebetulan time besday cek su 28/03 tu adik kyra balik kg, so sebelum smpi rumah cik, kitaorang singgah beli kek tuk cek su tersyang...surprise....terkezut dia.....










Kat rumah cik Taa


Awal bulan ari tu adik kyra n family balik kg kat kelantan utk menziarahi moyang kyra meninggal dunia.Moga selamat semuanya dan dia ditempatkan dikalangan org yg beriman..Aminn..

Alang2 dah balik tu, adik kyra g la rumah Cik Ta kat Guchil, tgk sepupu kyra yg dah lama tak tgk tu.....
(akak farhani ngn adik ayuni yg kiut miut)

Majlis Pertunangan Ayh Chik-11/04/2009




















Ari Sabtu yg lepas 11/04, adik kyra menghadiri majlis pertunangan ayh cik ngan cik na kat Kajang..fuhh...letih la ngan dorang2 ni...nak boleh gerak satu2 perjalanan tu....dah la lembab bagi signal.....apapun layan ajer la.....



kat umah tu adik kyra wat hal..huhuhu...adik amik coklat yang digubah tuk pihak ppuan...dah rongak gubahan coklat tu adik kerjakan...hahahhaha..










Tuesday, March 10, 2009

Kaedah Rasulullah s.a.w dan sahabat mendidik anak

Bak kata pepatah English, ‘Spare the rod, spoil the child’. Menunjukkan tidak lengkap rumah itu tanpa ada rotan di dalamnya. Mari kita perhatikan daripada aspek pendidikan Rasulullah s.a.w terhadap anak-anak kecil.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka tempat tidur."

(Riwayat Al-Hakim dan Abu Daud)


Berdasarkan daripada hadis ini, maka kita sepatutnya membiasakan anak-anak dengan amal ibadat wajib sedari kecil lagi. Hal ini adalah wajar bagi menanamkan rasa cinta akan Allah, mensyukuri nikmat-Nya, menyucikan jiwa anak, kesihatan fizikal dan akhlak, iaitu perbuatan dan perkataannya.

Saidina Ali juga berpesan supaya kita mendidik anak mengikut tahap kecerdikannya. Pesannya:

Pada tujuh tahun yang pertama, bermain dengan anak kamu, didik anak kamu pada tujuh tahun berikutnya serta berkawan dengannya pada tujuh tahun selepas itu.

Hal ini bermakna kita hendaklah bermesra, bermain dan bergurau dengan anak yang berusia di bawah tujuh tahun. Selepas usianya tujuh tahun, kita wajar mendidik dan mendisiplinkan mereka serta diajarkan cara beribadah secara betul. Ketika ini juga hendaklah diajarkan menghormati hak orang lain dan menunaikan suruhan orang yang lebih tua.

Selepas usianya 14 tahun, kita perlu menjadi kawan mereka supaya mereka dapat merujuk masalah dan mengadu kepada kita jika berhadapan dengan masalah. Kebiasaannya pada usia ini, mereka akan mencari kawan lain sekiranya kita tidak menjadi kawan kepada mereka. Sekali mereka mencari kawan di luar, agak susah untuk kita menasihati mereka.

Dalam hadis di atas juga ada menyatakan bahawa jika keadaan memerlukan, kita dibenarkan merotan anak selepas dia berumur 10 tahun. Jadi, setiap kali terlintas untuk merotan, niatkanlah aku tidak akan merotan anak ini sehingga umurnya 10 tahun kerana mengikut perkara yang Rasulullah s.a.w katakan. Maka besarlah pahala kerana perlakuan ini.

Pakar psikologi menyatakan bahawa anak yang berumur 10 tahun ke atas sudah boleh memahami kesan hukuman yang dikenakan dan sebab perbuatan itu tidak dibenarkan. Hal ini bermakna jika kita memukul anak yang lebih kecil dari usia itu adalah hampir tiada gunanya atau akan mendatangkan kesan yang lebih buruk pula. Bukankah itu akan merugikan?

Semasa merotan, beritahu dahulu kesalahan yang telah dilakukan sehingga dia dihukum. Seeloknya, jangan merotan anak di hadapan orang lain. Hal ini akan menyebabkan anak berasa kecewa dan rendah diri. Sebelum merotan juga, pastikan anda pernah memberikan amaran awal bahawa sekiranya sesuatu yang anda suruh tidak dilakukan, kesannya dia akan dirotan.

Anda juga diingatkan agar jangan merotan untuk menyakiti tetapi merotan dengan tujuan memberikan pengajaran. Kawasan yang dirotan juga perlu dijaga dan jangan sewenangnya merotan anak di bahagian muka. Rotanlah di bahagian punggung kerana di situ tidaklah menyakitkan. Satu hayunan sahaja memadai untuk tujuan mendidik.

Walau bagaimanapun, jadikanlah merotan sebagai jalan terakhir. Hai ini kerana kebanyakan sunnah Rasulullah s.a.w adalah untuk mendidik anak-anak dengan kasih sayang bukan dengan pukulan. Cubalah menjadi waras sekalipun kita dalam keadaan marah yang amat sangat. Sekiranya kita telah memberikan pendidikan yang sewajarnya, pastinya rotan tidak diperlukan lagi.

Saturday, March 7, 2009

Masjid Kristal



Apa la Che Su adik kyra gelakkan tu...apa la yang menggelikan hati dia tu...kelakar la che su ni..NI gambar masa adik kyra dan family g jenjalan kat masjid kristal masa balik kg thn lepas... enjoyyyy.....

Friday, March 6, 2009

"Tokku" dan "Cek" yg kyra sayangi


Ini la dia atuk ku yg dipanggil "Tokku"...Hensem kan...wakaka...

Rindunya adik kyra kat tokku..( Bila la ummi nak balik kg ni) ..dah lama jgk tak balik kg ni..masa balik dulu kyra tak leh jalan lagi. Skrg ni dah boleh jalan, tentu best dapat main2 kat kg...boleh kejar ayam ker..huhuhu...naik turun tangga kat kg tu. Sure tokku dan cek( panggilan tuk nenek ku pulak) tak henti2 bebel kat adik kyra, sbb adik kyra ni memang lasak tahap cipan punya.hahhahaha...tak tau la ikut saper......




Thursday, March 5, 2009

Adoiii....sakitnya tanganku....( 18sx )

Iskhh...sakitnya tangan kyra....ni masa tangan kyra kena iron...pagi 5.2.09 ari tu, sajer la nak test power, kot2 kebal ker tangan ni, tapi lain pulak jadinya....kan dah dapat tanda..Syukur la sekrg dah baik pun tangan ni, cuma amik masa sikit ler nak hilangkan parut...So..lain kali adik kyra kena lebih hati2, kena dengar cakap ummi jgn gatal nak dekat2 nga iron tu..huhuhuhu

Tuesday, March 3, 2009

Makanan terbaik

8 makanan kesihatan daripada sunnah


8 makanan Sunnah:
KISMIS, KURMA MADU, KURMA AJWAH, MADU, BUAH TIIN,MINYAK ZAITUN, ZA'FARAN, HABBATUS SAUDA'. KISMIS adalah satu "gula-gula" asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang paling berkhasiat di dunia, Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekalkan tubuh badan dengan banyak vitamin dan minerals yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.

Adab Bercakap

1. Bercakap la dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan cakap dengan nada yang samar2.

2.Bercakap la di depan dgn cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini mengelakan timbulnya keraguan.

3.jangan memanggil org lain dgn gelaran yg tidak menyenangkannya

Monday, March 2, 2009

Astro Fest




Sebelum tdo kena tayang gigi dulu..ehehhehhe







Huhh...makan jari pon sodap ni...


Ikut family g Astro fest kat BUkit Jalil

Jalan2





Time ni adik kyra kat Taman Monumen kat P/jaya....amik angin petang kt tepi tasik......

mY COUSIN


Saper lebih hensem.....

Anda berani



Saja try...lepas pulak...

Abg kesayanganku

Huhuhuuu...jeles tul tgk abg naik basikal tu....Bila la kyra nak naik basikal cenggitu...
nanti nak suruh umie beli la.......

Monday, February 23, 2009

Ciri-ciri Sahabat Yang baik

Bersyukur la kiranya salah sorang sahabat kita ada ciri2 tersebut...

1. Jika engaku berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
2.Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya,dia akan membalas balik persahabatan kamu
3.Jika engaku memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
4.Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya,dia kan menerimanya dengan baik

Wednesday, February 18, 2009

Besday cake saper lebih cantik....




Ermm..mana satu lebih cantik ( cake abg Fakhrul atau adik kyra ).....